Finally.
Tuesday, 4 February 2014 | 06:30 |
0 Ask
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum cengkeriks ku. Haha. Okay gurau. Smile please ^_^ That s it. Kan comel cenggitu. Thumbs up. Okay.. Finally the day is coming like one second from now. And my heart beats really really really damn fast ! Macam saat saat bertentang mata dengan crush je rasa laju jantungnya. Haha. Okayy.
"Mai. Kau dah form 4! Bukan darjah 4 bukan form 1."
Tapiii.. tapii.... Hmm. Alhamdulillah segala barang yang perlu dibawa dahh lengkap, inshaaAllah. Pehh macam nak bermastautin kat Aussie jee gaya aku ni laaa. Haih. Esok pagi pagi lepas Subuh dah kena gerak sebab kiteorg tak pernah tengok lagi sekolah tu. So takut tercari cari and lambat. So, kena ready awal awal laa.
IMPORTANT THINGS TO BRING ;
Mama Ayah Akak. Gelang Ean. Multicase Wani. Minion Ain. Barang amanah Haq. Huruf F Fifa pada Quran. Penutup mata Panda Miramalek. Kenangan PAVLy. Kenangan EV. Memories dengan Fifa and Haq. Kenangan The Trio. Kenangan As-sharifah. Hangouts moments dengan team kaki hang aku termasuk Hanim. EVERYTHING CHECK. Takkan tinggal. Takkan lupa.
THINGS I HAVE TO LEFT HERE AND LIVE MY LIFE WITH HAPPINESS;
Segala memori hitam sepanjang 2013. Biarkan segalanya terkubur dekat sini. Lepas aku keluar dari Melaka, aku mohon sangat masalah tersebut tak cari aku lagi.
SEHEBAT. Sekolah Menengah Sains Batu Pahat. SMSBP.
Esok. 5 Februari 2014. Secara rasminya aku ialah SEHEBAT-ians. Tapiii. Aku taknak digelar EX SHARODZIANS. hmm. Tiga tahun satu bulan bhaii 50% life aku kat sana. TERLALU banyak memori dengan budak batch. Dengan adik sekolah, akak sekolah, cikgu cikgu. Siapa tak terkenang oiiii. Kalau dulu pandang sekeliling semua bertudung litup berbaju kurung. Lepas ni..... mesti nampak yang rambut pendek, pakai seluar, muka ganas a.k.a. lelaki. Itupun ada je perempuan lepas ni yang tak bertudung. Mata sepet rambut keriting dan sebagainya a.k.a. non muslims la. Hmm.
NEW SITUATION. NEW LIFE. NEW FRIENDS. NEW MEMORIES.
Alaaaaaa T^T Sedihnya nak tinggalkan yang tersayang ....... Hmm :' Sesiapa je yang baca entry ni, sila jaga diri anda baik baik kerana MyzurahMahadi menyayangi anda seikhlas hati. Doakan si gedikk mok mok ni sihat selalu kat sana. Tak nangis nangis. Dapat kawan yang gila gila sekepala T^T Aaamiin. Dan semestinya berjaya straight A dalam SPM 2015 nanti.
KA Genius pernah cakap,
"kalau nak berjaya kena ada D U I T. DOA --> USAHA --> IKHTIAR --> TAWAKAL."
Thanks a lot for the reminder KA. ;) Sorry asyik ':p' awak je. And thanks bagi nasihat sentiasa pada Mai ^_^ Jasamu dikenang.
UHIBBUKUM FILLAH JIDDAN JIDDAN ABADAN ABADA. :'
Selamat bertemu kembali :'
Nah. Tataplah wajah si mokmok ni sampai rasa menyampah xD Lepastu bakar lappy masing masing. Hahaha. Loveyouall muahh :* p/s: Gedik gilaaa nak mati. Tahu. Sekali sekala nak jadi gedik. Haha. Bukan org baca pun blog ni T^T Tu yang syok sendiri melampau xD kahkah. Okay, bakar screen lappy sekarang ! haha. Take care :) Semoga Allah lindungi kita walau dimana pun kita berada. Aamiin.
//sayangselamanya,
MyzurahMahadi.
Never Say Goodbye/
Sunday, 26 January 2014 | 08:40 |
0 Ask
Bismillahirahmanirrahim.
*inhale. exhale*
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi.
Pegang erat tangan terakhir kalinya
Hapus airmata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman tetaplah berjuang
Semoga bertemu kembali.
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini.
Assalamualaikum.
Balasan warkah khas buat seorang sahabat dunia akhirat aku,
RAIHAN NABEELA BINTI ZAMIRUDDIN.
"Mai tak kesiankan Ean ke? Sampai hati Mai tinggalkan Ean."
Pertanyaan yang keluar dari mulut Ean hanya mampu aku balas dengan air mata. Segalanya berlaku sekelip mata. Ean, maafkan Mai sahabat :' Ean tak pernah kongkong Mai pun. Malah Mai rasa terharu sangat Ean tak bagi Mai pergi. Jujur Ean, bila Ean cakap macamtu Mai betul betul rasa nak menjerit kenapa Ean tak ikut mai sekali ke sana :' Kalau Ean ada mesti seronok kan :'D Sahabat sampai bila bila. Sungguh Mai nak sangat Ean ikut Mai ke sana. Semakin dekat hari nak pisah dengan Ean, semakin sakit Mai rasa. Mai tak kuat Ean .. Maybe sebab Mai tak pernah rasa perpisahan. Takdir Allah. Mai dah jumpa sahabat yang setia dengan Mai. Tapi Allah nak kita pisah dulu :' inshaa Allah kita jumpa kat IPT nanti. Aamiin. *wipetears*
Pavly je tahu kenapa masa mohon aku betul betul harap aku dapat Batu Pahat ni. Niat kat hati sejujurnya nak lari dari DIA ! And masa tu, totally tak fikir panjang. Just nak lari dari memori hitam dalam hidup aku. Luckily wujudnya sahabat macam Ean. Tanpa Ean Wani and Ain, Mai rasa Mai boleh jadi gila sebab pendam :' Terima kasih sahabat. Tapi........ bila dah dapat. Baru aku sedar. Apa sebenarnya yang aku niatkan. Ia semakin sukar bila terpaksa tinggalkan Raihan Nabeela seorang diri kat Melaka ni. :' Maafkan Mai. Sungguh bukan niat Mai nak tinggalkan Ean. Ean faham kan? :'* Doakan Mai sayang..
Raihan Nabeela.
Seorang sahabat. Kawan. Teman. Kadang kadang musuh manja. Kadang dia pelindung. Kadang dia bahu tempat aku bersandar. Kadang dia tempat aku luahkan perasan. Dia punching bag. Dia segalanya.
Maafkan Mai atas segala salah dan silap Mai sepanjang kita bersahabat. Termarah. Terkutuk. Tergurau berlebihan. Tersakitkan hati. Terkecewakan Ean. Sengaja usik leher Ean even Mai tahu tu tempat sensitive Ean. Mai tak mampu jadi kawan yang terbaik untuk Ean. Sungguh EAN SAHABAT MAI. TETAP KEKAL. TAKKAN PERNAH JADI BEKAS. Semoga Allah redha persahabatan ni. Sakit Ean. Sakit. Sepanjang tempoh perpindahan Mai. Kita sangat sangat sangat rapat sampaikan Mai betul betul takut nak jauh dari Ean. Kalau Ean perasan, Mai selalu pandang Ean kan? Sampai Ean marah. :') Tahu apa hati Mai cakap?
"Aku akan rindukan kau sahabat. Sungguh, aku sayang kau."

Mai tak mampu nak cakap depan depan. Nanti nangis. Setiap kali tengok Ean nangis, Mai rasa Mai sahabat paling teruk sedunia. Jahatnya Mai. kan Ean? :' Thanks a lot sentiasa ada dengan Mai. Almaklumlah. Kita kan belangkas paling sweet :' That moment Mai ingat lagi time nak pasang alas meja tu. Hahaha :'D Sumpah kita sweeet gilaa. Moment bila kita tunggu bas setiap kali balik dari sekolah and sampai rasa nak amik gambar buat caption "Penantian Suatu Penyiksaan". :'D Allah. Deras airmata mengalir, Ean. *lap lappy yang basah dengan airmata* Terlalu banyak memori kita bersama walaupun persahabatan singkat setahun sebulan ni. :' Ouh ya. Thanks a lot untuk Macaroni Prego handmade by Ean sendiri yang sangat sedap menjilat sudu tu. Dia unya sedap sampaikan Mai yang memang tak makan macaroni and pasta ni betul betul craving nak makan handmade Ean punya tau :'D Serious sedap. Ean jangan lupa tau. Setiap sebulan sekali hari Khamis tunggu Mai kat MC dengan Macaroni ni :' *teresak* Entah bila laa Mai nak dapat rasa air tangan Ean lagi kan :' Ya Allah. Dia sahabatku. :'

MOST AWESOME MOMENT bila Mai dapat hug Ean puas puas dekat MC. Spontan. Langsung tak dirancangkan? :' Benda jadi terlalu sebak bila sama sama nyanyi Sebiru Hari Ini... :'D
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.
Ean jangan nakal nakal okay? Jangan sedih. Jangan nangis lagi. Mai tak suka tengok Ean nangis. Kalau rindukan Mai, hug Ain and Wani okay? Maaf mampu jadi deskmate Ean sebulan je. Maybe sebab Mai selalu ganggu Ean nak belajar kod :'D Sebab tu Allah nak pisahkan kita. Hahaha kesian Ean kena layan lawak sengal Mai hari hari :') Mai tahu Mai jahat tapi Mai taknak deskmate baru Ean nanti sama macam Mai :' Sebab Mai takut Ean lupakan Mai. Lupakan segala saat huru hara kita bersama. And Mai sure deskmate Mai kat sana nanti mesti bagai langit dengan bumi jika banding dengan Ean. Jangan jangan nanti kena halau Sharodz sebab perangai Mai yang memang gigal and suka malukan diri sendiri ni. Ean jaga diri baik baik. Jaga akhlak. Jangan lupakan Mai. Kenang Mai dalam doa Ean selalu k? Orang kata doa sahabat yang ikhlas ni Allah makbul.
MAI AKAN RINDUKAN EAN YANG ;
Manja manja gedik dengan Mai.Selalu dengar masalah Mai. Sentiasa ada bila Mai happy, susah, senang, sakit.Sentiasa perang minion dengan Mai. *teresak*Nyanyi Papoi sama sama. Balik naik bas sama sama. Selalu share dengan Mai yang kuat makan ni double cheese burger Ean. Cerita pasal hubby masing masing.Ajar Mai addmath. Ajar Mai main cupsong :'Jadi belangkas Mai ke kantin, dewan besar, makmal Al-Farabi dan seluruh kawasan Sharodz.Yang selalu tegur Mai bila Mai buat salah.Selalu acah acah gaduh jarak jarak meja dalam kelas.Usik telinga Mai sampai golek golek dalam kelas.Acah acah frust sampai nak terjun blok E aras 3 sama sama.Selalu sepak manja manja even kadang kadang sakit tapi Mai sikit pun tak kisah. Sebab Mai happy sangat :'Selalu pegang tangan acah acah belangkas paling sweet.Nyanyi sama sama. Makan sama sama. Belajar sama sama.Buat jahat sama sama. Solat Dzuhur sama sama.
Ya Allah :' Mengapa perlu ada perpisahan Ya Allah :'
Hmm. Lepas ni dah kena potong kuku sendiri :'( Hmm. Seronok sangat bila Ean or kawan kawan lain potongkan kuku Mai. Rasa macam disayangi sangat sangat.
"Mai, Ean doakan Mai datang sini balik."
Terharu sangat Raihan :' Ean. Mai taktahu apa akan jadi lepasni. Harap Ean teruskan perjuangan okay? :') Nanti ajar Mai Munakahat taww :'D Mai tak boleh bayang macam mana life Mai tanpa Ean nanti :'(
p/s: Ean kena tahu ni. Mai betul betul bangga dengan Ean. Ean talented. Suara Ean pun sedap :' Mai betul betul terharu Ean nyanyi lagu tu khas untuk Mai :') SETIAP KALI Mai mainkan video tu, airmata tak henti mengalir Raihan.. Ean comel sangat dalam video tu. Hope Mai dapat dengar lagi ^__^. *jujur dari hati* terubat rindu bila tengok video tu. SYUKRAN JAZILAN YA SODIQATI.
MANA NAK JUMPA SAHABAT MACAM RAIHAN NABEELA LAGI!? *jerit kuat kuat*
*hug ean kuat kuat*
dengan siapa aku nak buat muka sengal macamni lagi ya Allah :'
Sebak bila ingat semua kenangan kita... Taknak amnesia laa macamni :' Haha agak agak Ean kan.. dekat sana nanti.. Ada orang tak nak cakap dengan Mai gelar nama sendiri macamni ..? Sweet kann. Siapa nak jaga Mai lagi macam mana Ean jaga Mai :'(
Hapus air mata walau kita kan terpisah.
Kalau nak diflashback memori dengan Ean, memang tak mampu Mai nak ungkapkan dalam blog ni. Cuma Allah je tahu Raihan.
Mai akan rindukan Ean sangat sangat.
Ean sahabat Mai. Kekal. Takkan pernah berubah.
Ean katek Mai forever :'
Jaga diri.
Ingat ! Kita belangkas paling sweet :'
Pls Ean. NO GOODBYE. :'
Raizura everlasting.
Gelang getah hijau yang Mai pinjam tak pulang pulang tu sentiasa setia di tangan kanan Mai. ;'
Ean jangan risau. Gelang hijau tu ada dengan gelang yang MZ bagi tu. Dua dua Mai sayang sangat sangat :'D So selagi boleh pakai, Mai takkan pernah buka :'D Promise :'*
p/s: Ean jangan risau k? :') Akan ada orang yang jaga Ean better dari Mai jaga Ean. *wipe your tears* And bila Mai balik nanti, kita cerita macam macam sama sama k? :' Ngadu je kat Mai kalau ada siapa siapa buat Ean. Mai back hook dia lajulaju :'D :'( Kalau Am sakitkan hati Ean, Mai tembak dia pakai senapang cheetah :' Jaga diri Ean baik baik. Solat jangan tinggal. Doa sentiasa titip di bibir okay :') Takmo mencarut tau ! Mai kacau leher Ean nanti :' Be a good a girl. La' Tahzan. Innallaha Ma'ana :*
Nur Maizurah Mahadi @ Hamidi sayang Raihan Nabeela Zamiruddin lillahi Ta'ala.
Jangan lupakan panda brutal ni *hug kuat kuat*
Semoga bertemu lagi, sahabatku :'
*waving with tears*
Assalamualaikum.
//RinduSetengahMati,
Myzurah Mahadi.
Choices
Friday, 3 January 2014 | 07:48 |
0 Ask
Assalamualaikum.
Hidup. Pilihan.
Both words ni mmg sinonim. Kalau cakap pasal LIFE mesti ada CHOICES. Memang tak boleh pisah. And kita lah manusia yang perlu buat pilihan untuk hidup kita sendiri.
Husnudzhon. Wujudnya pilihan sebagai cabaran and ujian dari Allah. Pilih. Usaha. Doa. Tawakal kerana Allah Maha Mengetahui.
Haaa kau ingat senang nak buat pilihan? Aku berani cakaplah major manusia waras dalam dunia ni memang akan takkan terlepas daripada cakap
"Kenapa laa hidup ni kena ada pilihan?" *mengeluh*
Kannn? Haaa sebab MyzurahMahadi sendiri punn selalu sangat cakap macamtu. Haha. Ni nak share sikit. Tahu tak salah satu sebab kenapa aku selalu cakap ayat tu? Paling aku ingat laa sebab nak attend latihan Taekwondo. Haaaa. Yang jadi isu nyaa sekarang ni pilihan yang aku kena pilih sama ada NAK ATTEND LATIHAN TAEKWONDO or STUDY FOR PMR. Haaaaa. Boleh gilaa aku nak pilih. Dua dua pun penting. Actually memang terpulang pada diri laa nak choose mana kan.. Tapi, aku ni jenis yang
" Alaaaa. Kalau tak datang latihan nanti sir marah."
" Apa perasaan Sir kalau tak ramai yang datang practice sedangkan dia kelam kabut dari KL balik kerja semata sebab nak ajar kiteorg?"
Hahaha.. Tu laa masalah jadi Myzurah Mahadi ni. Selalu nak buat jahat tapi tak berani sebab alasan tak logik macamtu. Sadis :3 Haha. Tapi bila fikir balik, betul jugak apa Sir cakap.
"Taekwondo you attend just for 2 hours in a week. Kalau untuk two hours ni korang nak bagi alasan nak study memang tak logik. Macam mana dengan masa yang korang buang untuk bercakap, makan, tidur main dan sebagainya ? Sekurang kurangnya bila korang attend practice, korang belajar jugak. Dapat ilmu jugak. Exercise. Bila korang bercakap makan tidur tu semua tak fikir nak study masa tu?"
D E E P dude. Deeeeeeeep. Sentap dalam. Haaaa kau. Sokong sir 100%.
Okayy selesai M U K A D I M A H. Ngeee.
Bismillahirahmanirrahim.
Who knows Myzurah Mahadi yang dulu selekeh gila, pakai tudung senget senget pun comel je, pakai baju vest biru, tie kuning, kemeja putih, spec pink, pencilbox punn kartoon kartoon bagai *even sampai sekarang pun -.-* kini sudah berumur 16 tahun . Haaaa kau. 16 tahun. Form 4. Cehh rasa matured auw . Serious. Hahahaha dahh boleh kahwin dah pun... *muntah pelangi hujan petir beliung*
Tapi kann.. kann kann. Hmm. Aku betul betul tak sangka susah sebenarnya naik Form 4 ni. Kena buat pilihan yang aku lemah ni. Pure Science. Science IT or Account ? Fuhh Account memang aku dahh tendang awal awal aa. Okay now kena choose sama ada Bio or ICT.
Bio. Memang best. Kalau jenis yang suka membaca and suka buat kajian memang sesuai laa korang pilih Bio. Nak amik medic memang for sure laa senang kalau korang dah study Bio dari form 4. Tapi sayangnya aku tak minat dalam medic. Taktahu laa kenapa. Im more to Engineering. So aku rasa better kalau aku choose ICT. Lagipun ayah mama dah bagi izin and semangat supaya aku teruskan even mula mula mama memang nak aku amik medic. Tapi sebab takde minat and lebih kepada tak yakin pada diri so aku jujur pada mama ayah. Alhamdulillah mama ayah okay. Tapi kita hanya merancang kan. Mana tahu even aku tak minat Bio sekarang, kat IPT nanti aku further studies dalam perubatan. Who knows. Allah dah tetapkan segalanya. Tapi rasa sayang pulak aku tak dapat nak mendalami ilmu Bio ni :p haha. Nak tahu jugak macam mana nak dapat kembar sepasang kan . HAHAHA okay. Pelajar Bio mana? Kita share share nanti ea. Hahaha.
ICT. Memang aku tak yakin nak amik ICT sebenarnya. Habistu kalau Bio taknak, Akaun dah tolak awal awal, takkan aku nak berhenti sekolah, kahwin kemas rumah jaga anak pokok ? Mintak dijauhkan ~ Aku ada impian. Aku nak capai impian aku. So hati kuat kata amik je ICT. Alhamdulillah pilihan dah buat so tawakal usaha. Tadi alumni Sharodzian pun datang sekolah nak share dengan kiteorang yang tengah bergelut dengan hati dan otak nak pilih course apa. Ehh haa course kau.. Macam U dah. haha Most important thing ! ;
Believe in Allah. Tiada yang mustahil apabila Allah bersama kita. Allah is the best planner.
Ekzekli dude. Semua ni baru permulaan. Kita baru di garisan permulaan sebenarnya. Even rasa peluh dah merecik kaki nak patah sampai ke garisan penamat, tapi sebenarnya kita baru je nak berdiri atas garisan permualaan. So dont give up now. And jangan give up lain kali. Teruskan usaha. Cari ilmu. Ilmukan penting sayang. ((peringatan buat diri sendiri))
Doakan kejayaan bersama. *senyum*
The End. Terima kasih laa rajin dengar aku membebel kat sini. *hulur bunga dan coklat*
p/s nak menyelit kejap. ngeee #takenote guys. cause it s true. THIS IS A CHOICE TOO. :p
Complicated.
Sunday, 29 December 2013 | 22:02 |
0 Ask
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Aku tak faham. Sungguh aku tak faham. Siapa betul siapa salah. Keadaan sekarang betul betul mengelirukan. Inilah akibatnya ilmu belum penuh di dada. Nak tegakkan kebenaran pun taktahu nak pakai bukti apa. Hm betullah kan . Bukan senang nak jadi Peguam or Pendakwah or Da'ie. Ilmu paling penting. Takde ilmu takde bukti kukuh musnah segala. Yang berada di pihak yang salah nampak betul, yang betul jadi salah. Kenapa jadi macamtu ? Tidak berilmu.
"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum yakni hakim dan harta terhukum." quoted by Unknown.
Kalau semua perihal dunia kau taknak amik kisah and yakin dengan perihal akhirat semata setakat yang ada pada kau sekarang, aku rasa tak berbaloi. Aaaaarrghh, entah laa ! Ilmu aku tak banyak yang kukuhkan penyataan tadi tu.Tapi aku yakin. Dunia, Akhirat. Kena balance. Bila aku cakap " Suka suka kau je naik motor takde lesen. Bahaya." Jawapan kau apa ? " Peraturan dunia je semua tu. Allah tak cakap pun suruh amik lesen." And aku rasa macam kalau sampai macamtu prinsip hidup kau, memang jahanam laa semua umat weh. Kalau macamtu tak payah laa ikut peraturan sekolah. Pakai laa baju bebas pergi sekolah. Bukan Allah suruh pakai baju sekolah pun. *geleng kepala* Kau buat aku keliru. Betul ke prinsip kau tu? Pening ahh.
Okay and this is what happened last night.
Ditakdirkan oleh Allah nak gerakkan hati seorang Hamba ni untuk menegur aku yang post picture aku dengan cousins kat pantai di laman sosial Moments. Pictures tu menunjukkan yang aku memang tak pelihara aurat aku betul betul sebab tak sarung stokin. By that time memang aku tak terfikir nak sarung stokin kat laut. Sebab aku tak pernah tengok orang masuk laut pakai stokin. So aku redha laa bila dia tegur macamtu sebab aku sendiri tahu yang aurat kaum hawa hanya wajah dan tapak tangan. So thanks a lot kepada empunya diri berkaum Adam yang menegur diri ini.
Tapi bro..
Aku terkilan . Terkilan sangat. Dengan ayat kau.
" Kau over sangat dengan dunia. Kesian aku tengok."
Meleleh air mata aku weh. Meleleh kau tahu tak. Sakit hati .. Dalam otak aku terus terfikir yang kau tersenyum sinis and pandang aku hina. Sampai macamtu sekali kau judge aku? Kau bukan orang asing. Kau kenal aku dah lama. Maybe sebab dah lama sampai masing masing dah tak kenal antara satu sama lain. Maybe kalau unknown yang cakap macamtu, aku tak kisah rasanya. Tapi kalau KAU yang cakap, aku terus fikir masa lalu kau. Dan paling penting. Kau lelaki. Yang kau tegur ni perempuan. Aku malu kau cakap macamtu tahu tak. Nak menegur baguslah. Aku syukur. Tapi.. whatever la. Maybe itu pandangan kau. Ye aku memang jahil. Ilmu tak cukup. *kunyah pisang*
Aku tahu Rasulullah sendiri pernah bersabda " Dengarlah nasihat walau dari seorang pelacur." Tapi aku manusia biasa. So aku terkilan bila kau pandang aku macamtu sekali sedangkan dulu...? :' Tolonglah weh. Kali ketiga dengan bodohnya aku percaya yang kau dah berubah. Tapi apa jadi lepastu? Nama aku rosak. Sahabat sahabat aku sendiri terkilan dengan apa yang jadi. Tapi kenapa semua aku ? Kenapa mesti perempuan yang dijudge? Macam mana dengan kau? :' Kau terlepas macamtu je. Aku yang tanggung sorang sorang. Kena bash dengan kaum kau sendiri. Dipandang rendah. Paling penting, ada hati yang hancur masa tu. Birthday aku tiga hari lepas tu? Hambar. Hanya ada cecair yang keluar dari mata sentiasa. Alhamdulillah aku ada sahabat yang memahami. Teman hari 'indah' aku tu dengan support aku. Bukan niat aku untuk mengungkit. Tapi ini hanya luahan. Apa apa pun aku bersyukur segalanya dah kembali normal. And yarh. Masing masing dengan haluan sendiri. Baguslah. Aku cuma harap niat baik kau tu jangan sampai orang tu rasa dihina. Bukan caranya. Apa apa pun, thanks a lot. Aku still berharap kau tegur atas kesalahan yang aku buat.

Here's a piece of advice ;
Never put your happiness in someone else's hands.
 |
i just love the watch.i ll take a very good care of it. thanks dear. |
Tarik aku sebelum aku jatuh dalam lembah kemungkaran.
Aku mencari sahabat. Bukannya lawan.
I'm a non-stop sinner. So, Please stop judging me.You know my name. Not my story.
Kenang aku dalam doa korang semua. Sebab doa dari seorang sahabat didengar Allah insyaAllah.
Maafkan aku. Aku takkan jadi perfect seperti apa yang kau harapkan.
Tapi aku sentiasa usaha untuk dipandang Allah.
Aku pun nak kejar Syurga jugak. Jom.
Jealousy.
Saturday, 21 December 2013 | 11:56 |
0 Ask
Izinkan aku cemburu.
Sebab nanti bila dah hilang rasa tu, bermakna tiada lagi sayang buat kau.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Cemburu. Jealous. as known as j e l l y. haha
Mana datang rasa cemburu tu? Apa sebenarnya rasa cemburu ni? Ops. Sorry. Totally no idea macam mana nak ungkapkan erti cemburu ni. Tapi aku pasti sebagai seorang manusia biasa yang langsung tiada power untuk terbang or invisible or kuat macam badang ni mesti dah faham dan dah pernah rasa perasaan cemburu tu.
Sejujurnya tahap cemburu aku ni agak keterlaluan yang teramat sangat paling sekali *haaa amik kau. Hiperbola berbola bola* Serious... Kadang kadang aku sendiri menyampah meluat rimas dan seangkatan dengannya dengan perangai negative aku yang satu ni. I just wonder macam mana laa orang boleh tahan dengan aku. Hm itu pun kalau ada laa yang boleh tahan. Haha. Hm pernah ada seorang. Hm kesian dia. Dia cakap dia sayang kawan lama dia pun aku boleh menangis teruk gila. Haha. Macam pffftttt. Aku memang sayang dia. Hm okay lupakan pasal dia.
Berbalik kepada cerita tadi. Hm entah la. Even orang selalu cakap,
"Cemburu tu tandanya sayang."
tapi aku ni macam dah salah gunakan konsep cemburu tu. Terlalu banyak contoh untuk dikongsikan. But i will choose one. Okay. That moment bila masa pertengahan tahun form 2 aku mula sibuk dalam olahraga MSSM wakil sekolah. That week mmg busy gila. Latihan dan sebagainya. Sampai satu hari, that day balik lewat petang and aku dan yang lain pun bergegas ke dewan makan untuk makan malam. Tiba tiba aku boleh nampak bherp sayang aku dengan budak yg memang di'admire' ramai makan B E R D U A. And i was just like, ouh. okay. Dan sejak haritu aku asyik ungkit pasal 'mereka' setiap kali gaduh. Haha drama tak? Serious drama macam apa je. Melampau kan jealous aku ni? Entahlah. Aku cuba kawal. Cuba kawal sebab takut memakan diri sendiri nanti. Takut orang menyampah dan mula anggap aku cuba control semua orang.
But then aku lagi cemburu dengan kawan kawan. Terutama sekali. P E L A J A R A N. What the. Tak payah amik contoh pelajar terbaik Melaka la. Paling terdekat , Member aku. Deskmate aku, Cik Syazwani Rosli. Aku selalu iri hati in positive way dengan akal bijak dia. Terutama sekali dalam Bahasa Inggeris. Once keluar something dari mulut dia, i was just like "Weh kau cakap apa ni?" *for certain words la* But then baguslah ada dia sebab aku banyak belajar. So thanks a bunch Wanie. *hulur bunga* Dengan Ain pulak aku iri hati dengan kebijaksanaannya dalam Bahasa Arab and especially, ilmu ukhrawi :') *salute* Sejujurnya im not perfect in reciting Kalamullah :' Tak sebagus Qariah dan Hafizah di luar sana. Rasa kerdil. Sungguh. But aku belajar erti usaha. InsyaAllah. One day tak dapat jadi Hafizah pro cukup sekadar dapat bimbing orang lain. Nadya Ieyma and Mun dan member yang lain. Yes. Mereka selalu buat aku sentap dalam bila baca blog dorang. Selalu terfikir
"Kenapa aku tak jadi macam dorang? Susah sangat ke? Aku pun manusia macam dorang. Ada tanggungjawab. Ada amanah. Ada matlamat dalam kehidupan yang sementara. Kenapa aku tak jadi macam dorang?"
Pernah. Pernah cuba. Bukan tak pernah. Tapi aku gagal. Then aku rasa biar aku jadi diri sendiri. Berubah in positive way dengan cara sendiri. Doakan aku. *tearsdrop*
T A P I, Benda sekecil kecil kuman tu pun aku boleh jealous apalagi kalau dengan orang yang aku sayang sangat sangat.
Mengenalinya buat aku cuba berubah. Kikis sikit demi sikit perasaan cemburu tu. Atas sebab dia yang memang sepatutnya dicemburui Haha. Sometimes aku sendiri kena faham orang lain. Right? Hello bukan aku sorang je yang menetap di bumi Allah ni. Yarhh kena faham keadaan dia. So aku usaha. But, aku takut. Takut sangat kalau rasa cemburu tu hilang. Hilang tanpa kesan. Langsung. Maknanya?
Allahu. Hanya kepada Engkau aku serahkan segalanya.
"It s easy to say. But it s totally hard to do."
Yarh. Sokong quotes ni 100%. Cakap memang la senang. Buka mulut keluarkan suara ; haa Cakap. But then? Perlaksanaannya ? Phewwwww *kesat peluh* Susah bhai susah. Cause the truth is ;
Damn it s true. *sorok bawah meja* Haha. Yarh. Myzurah Mahadi yang pelik. Brutal tapi hati bersalji. Haihh payah payah. Hmm that s it for today. Dah pukul 3.51 pagi dah ni. I should sleep.
So thanks for reading.
Jangan jadi macam Myzurah Mahadi. Jealousy memakan diri. Haha.
Chaww.
p/s : Selingan kejap. I found this cute meaningful pictures :D
haha. comel.
izinkan aku simpan rasa cemburu.
dearest MZ.
Segala puji bagi Allah. #alhamdulillah
Thursday, 19 December 2013 | 10:05 |
0 Ask
Bismillahirahmanirrahim.
Gemuruh jiwa semangat membara dari puncak tinggi ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan menyerlah jauh dari yang biasa
Fuhh fuh. *ikat kain kat kepala* semangat sikit aku dengar lagu ni. Haha. Aku nak share story harini. Hm 19 Disember 2013. R E S U L T P M R. kau ada? Haha.
" Apa perasaan anda Cik Nur Maizurah? " *acah acah kena interview Buletin Utama*
PERASAAN? serious langsung tak yakin aku dapat 9A. Yakin tu ada sikit la. Tapi lebih kepada tak yakin sebab ada suara suara durjana yang berbisik bagai bayu lah kononnya ;
" Mai jangan perasan. Jangan berharap. Kau takkan dapat punya. "
Fuhh. Nyah kau dari sini.
Selingan sebentar ;
korang nak tahu tak tadi aku duduk kat dapur sorang sorang layan lappy ni haa tiba tiba dengar tapak kaki berlari kat belakang rumah. So aku pun yang ajet jet berani ni husnudzhon je laa maybe memang ada kod orang berlari dalam jam 12 LEBIH MALAM ni. then lepas bunyi tu hilang aku sambung laa buat kerja aku suddenly dengar macam suara ... hm... hembusan nafas.. Aku pulak yg 'berani' ni terus berlari masuk bilik. Haha so sekarang aku dalam bilik.
Okay sambung.. Okay then nasib baik laa aku dikurniakan oleh rakan family adik dan insan tersayang yang meyakinkan aku sekeras kerasnya yang aku boleh capai 9A yang aku impikan tu. And sokongan dorang tu lagilah buat aku rasa macam
Kalau aku tak dapat macam mana ? mesti semua kecewa. Aku lagilah kecewa.
Hm. Bangun pagi tadi kecut perut habis. Rasa butterflies beranak pinak terbang melayang dalam perut ni tahu tak. Peh peh lepas siap berbaju balik kampung bertudung mudawwar dan berkasut CONVERSE MERAH *jadi troublemaker tak pakai kasut sekolah* aku pun geraklah ke sekolah unik yang kurindui tu.
*stretching badan* Okay. Tibatiba ayah mama panggil aku then tunjuk SMS dari 15888. Punyalah berdebar mencari result aku dalam text tu. Haha. Bila nampak je ;
MA135K007 : 9A
Tak tergambar betapa gembiranya aku. Terus jengket peluk ayah kuat kuat. Apa lagi. Ratu Tears ni , nangis ah. Haha. Haaa amik kau semua pandang aku peluk ayah sebab aku dah mnangis teresak esak kat situ dalam keadaan dewan tu agak krikkk krikk. Lagi sebak bila ayah cakap tahniah then suara ayah sebak gilaa macam org nangis. Budak batch dah pandang pelik tengok aku nangis. Haha. Okay then masa pengumuman nama 9A aku rasa syukur and bangga gila. Member besties aku tiga tiga dapat naik pentas sekali :' Ya Allah tak tergambar betapa bersyukurnya aku. Angka giliran empat empat memang sebelah sebelah je Hahahahaha so memang so cute and gempak gilaa.
Ya Allah betapa seronoknya aku dapat pegang slip keputusan yang ada nama aku atasnya dan tersenarai deretan As pada kesemua subject tu. Allahu. Tak tergambar. Nikmat. Syukur..
hashtag Alhamdulillah. Lawa slip aku. Haha Hadiah untuk Mama Ayah. Mesti kena perfect ;' Ye laa. Nak bagi duit, tak kerja lagi. Mampu bagi As je la :' Alhamdulillah.
Then kiteorg snap laa gambar kenangan sebab rindu dan sebagainya. Haha. Tapi gambar semua kat RaihaNabeela so nanti la aku amik. Haha. Okay la. Sampai disini saja bebelan aku yang memang pishanggg gila ni Haha.
So Bye.
Live your Life well dear.
Assalamualaikum.
muka bahagia pergi dinner chicken chop haha. syukur Ya Allah.
Tragedy 17 December 2013.
Monday, 16 December 2013 | 22:06 |
0 Ask
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Hai guys. *kunyah kitkat* Hmm im in stress so untuk menenangkan diri hentam coklat je la. This what we called kenikmatan. Haha. Okay then. Currently im sitting on the floor inside my room bersandarkan dinding sambil lappy di atas riba. Ceh boleh bayang tak ? Coolio. Just like Dee * dalam cerita Istanbul Aku Datang tu update blog but aku tak gigit epal la haha* Okay what s up dengan 17 December aku ni? Hm again tembok kebrutalan aku pecah disebabkan air mata yang tak akan pernah berhenti mengalir. Korang pernah rasa sakit hati tak? Apa yang aku alami malam tadi exactly more than that. Taktahu macam mana nak gambarkan tapi seriously hati aku rasa s a k i t sampaikan i need to usap dada sendiri sebab nak tenangkan diri.
Sakit hati sebab apa ?
Biar aku jawab pertanyaan tu dengan soalan. Apa korang rasa bila kepercayaan yang kau bagi pada orang yang betul betul kau sayang, disia siakan? *senyum with tears* Kuasa Allah. Allah tunjukkan . Allah paparkan. segala-galanya depan dua pasang mata ni. Aku ingat aku kuat. Tapi sebenarnya tak. Tanpa sedar air mata mengalir laju. Laju sangat. Agak agak kalau letak gayung boleh penuh agaknya. Kesian Amin tengah tidur masa tu dengar aku menangis teresak esak macam orang 'mati laki'. Haha. Kesian betul hidup Myzurah Mahadi ni. Masa tu aku seriously h e a r t l e s s. Macam redha pasrah je dengan apa yang aku nampak tu. Just staring on the lappy screen with smile. Tapi aku rasa cecair mengalir atas pipi sampai basah lappy ni. Rasa macam bodoh dan diperbodohkan. *mengeluh*
Akibat terlalu menyayangi dan terlebih mempercayai mereka yang disayangi. Padan muka kau, mai.
Dia.
Dia cuba yakinkan aku untuk bagi chance pada dia untuk berubah. Aku speechless. Taktahu nak cakap apa. Hati sendiri memaafkan malangnya akal menghalang. Aku tekad taknak share apa yang mata ni nampak pada bestfriends aku. Sebab aku tahu..
" Mai, lupakan dia. Cukup cukup la kau sedih."
Hmm. Sebab rasa sayang dah memang dah lama aku perjudikan ni, aku maafkan dia. Aku redha dengan apa yang aku nampak. Lagipun dia dah janji untuk totally berubah dan perbaiki hati ni semula. Tapi aku tekad. Kalau lepas ni benda yang sama berlaku, aku tak janji untuk tidak menangis . Tapi aku janji aku sendiri akan pergi perlahan lahan tanpa kesan. *cehh boleh jadi ahli sasterawan tak ni?* haha.
That s it. Cuba lupakan.Usaha. Orang sabar disayang Allah *senyum ikhlas*
*tengok jam*
Ops. It's already 2.00 pm and i havent done my Dzuhur prayer.
So im going to have a date with Allah sekarang ni. Gotta go.
Assalamualaikum.
selingan sebentar ;
smile. because you can.