Panda Brutal




Never Say Goodbye/
Sunday, 26 January 2014 | 08:40 | 0 Ask
Bismillahirahmanirrahim.
*inhale. exhale*

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi.
Pegang erat tangan terakhir kalinya
Hapus airmata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman tetaplah berjuang
Semoga bertemu kembali.
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini.
Assalamualaikum.

Balasan warkah khas buat seorang sahabat dunia akhirat aku,
RAIHAN NABEELA BINTI ZAMIRUDDIN.


"Mai tak kesiankan Ean ke? Sampai hati Mai tinggalkan Ean."
Pertanyaan yang keluar dari mulut Ean hanya mampu aku balas dengan air mata. Segalanya berlaku sekelip mata. Ean, maafkan Mai sahabat :' Ean tak pernah kongkong Mai pun. Malah Mai rasa terharu sangat Ean tak bagi Mai pergi. Jujur Ean, bila Ean cakap macamtu Mai betul betul rasa nak menjerit kenapa Ean tak ikut mai sekali ke sana :' Kalau Ean ada mesti seronok kan :'D Sahabat sampai bila bila. Sungguh Mai nak sangat Ean ikut Mai ke sana. Semakin dekat hari nak pisah dengan Ean, semakin sakit Mai rasa. Mai tak kuat Ean .. Maybe sebab Mai tak pernah rasa perpisahan. Takdir Allah. Mai dah jumpa sahabat yang setia dengan Mai. Tapi Allah nak kita pisah dulu :' inshaa Allah kita jumpa kat IPT nanti. Aamiin. *wipetears*

Pavly je tahu kenapa masa mohon aku betul betul harap aku dapat Batu Pahat ni. Niat kat hati sejujurnya nak lari dari DIA ! And masa tu, totally tak fikir panjang. Just nak lari dari memori hitam dalam hidup aku. Luckily wujudnya sahabat macam Ean. Tanpa Ean Wani and Ain, Mai rasa Mai boleh jadi gila sebab pendam :' Terima kasih sahabat. Tapi........ bila dah dapat. Baru aku sedar. Apa sebenarnya yang aku niatkan. Ia semakin sukar bila terpaksa tinggalkan Raihan Nabeela seorang diri kat Melaka ni. :' Maafkan Mai. Sungguh bukan niat Mai nak tinggalkan Ean. Ean faham kan? :'* Doakan Mai sayang..

Raihan Nabeela.
Seorang sahabat. Kawan. Teman. Kadang kadang musuh manja. Kadang dia pelindung. Kadang dia bahu tempat aku bersandar. Kadang dia tempat aku luahkan perasan. Dia punching bag. Dia segalanya.


Maafkan Mai atas segala salah dan silap Mai sepanjang kita bersahabat. Termarah. Terkutuk. Tergurau berlebihan. Tersakitkan hati. Terkecewakan Ean. Sengaja usik leher Ean even Mai tahu tu tempat sensitive Ean. Mai tak mampu jadi kawan yang terbaik untuk Ean. Sungguh EAN SAHABAT MAI. TETAP KEKAL. TAKKAN PERNAH JADI BEKAS. Semoga Allah redha persahabatan ni. Sakit Ean. Sakit. Sepanjang tempoh perpindahan Mai. Kita sangat sangat sangat rapat sampaikan Mai betul betul takut nak jauh dari Ean. Kalau Ean perasan, Mai selalu pandang Ean kan? Sampai Ean marah. :')  Tahu apa hati Mai cakap?

"Aku akan rindukan kau sahabat. Sungguh, aku sayang kau."


Mai tak mampu nak cakap depan depan. Nanti nangis. Setiap kali tengok Ean nangis, Mai rasa Mai sahabat paling teruk sedunia. Jahatnya Mai. kan Ean? :' Thanks a lot sentiasa ada dengan Mai. Almaklumlah. Kita kan belangkas paling sweet :' That moment Mai ingat lagi time nak pasang alas meja tu. Hahaha :'D Sumpah kita sweeet gilaa. Moment bila kita tunggu bas setiap kali balik dari sekolah and sampai rasa nak amik gambar buat caption "Penantian Suatu Penyiksaan". :'D Allah. Deras airmata mengalir, Ean. *lap lappy yang basah dengan airmata* Terlalu banyak memori kita bersama walaupun persahabatan singkat setahun sebulan ni. :' Ouh ya. Thanks a lot untuk Macaroni Prego handmade by Ean sendiri yang sangat sedap menjilat sudu tu. Dia unya sedap sampaikan Mai yang memang tak makan macaroni and pasta ni betul betul craving nak makan handmade Ean punya tau :'D Serious sedap. Ean jangan lupa tau. Setiap sebulan sekali hari Khamis tunggu Mai kat MC dengan Macaroni ni :' *teresak* Entah bila laa Mai nak dapat rasa air tangan Ean lagi kan :' Ya Allah. Dia sahabatku. :'



MOST AWESOME MOMENT bila Mai dapat hug Ean puas puas dekat MC. Spontan. Langsung tak dirancangkan? :' Benda jadi terlalu sebak bila sama sama nyanyi Sebiru Hari Ini... :'D



Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

Ean jangan nakal nakal okay? Jangan sedih. Jangan nangis lagi. Mai tak suka tengok Ean nangis. Kalau rindukan Mai, hug Ain and Wani okay? Maaf mampu jadi deskmate Ean sebulan je. Maybe sebab Mai selalu ganggu Ean nak belajar kod :'D Sebab tu Allah nak pisahkan kita. Hahaha kesian Ean kena layan lawak sengal Mai hari hari :') Mai tahu Mai jahat tapi Mai taknak deskmate baru Ean nanti sama macam Mai :' Sebab Mai takut Ean lupakan Mai. Lupakan segala saat huru hara kita bersama. And Mai sure deskmate Mai kat sana nanti mesti bagai langit dengan bumi jika banding dengan Ean. Jangan jangan nanti kena halau Sharodz sebab perangai Mai yang memang gigal and suka malukan diri sendiri ni. Ean jaga diri baik baik. Jaga akhlak. Jangan lupakan Mai. Kenang Mai dalam doa Ean selalu k? Orang kata doa sahabat yang ikhlas ni Allah makbul.

MAI AKAN RINDUKAN EAN YANG ;
Manja manja gedik dengan Mai.Selalu dengar masalah Mai. Sentiasa ada bila Mai happy, susah, senang, sakit.Sentiasa perang minion dengan Mai. *teresak*Nyanyi Papoi sama sama. Balik naik bas sama sama. Selalu share dengan Mai yang kuat makan ni double cheese burger Ean. Cerita pasal hubby masing masing.Ajar Mai addmath. Ajar Mai main cupsong :'Jadi belangkas Mai ke kantin, dewan besar, makmal Al-Farabi dan seluruh kawasan Sharodz.Yang selalu tegur Mai bila Mai buat salah.Selalu acah acah gaduh jarak jarak meja dalam kelas.Usik telinga Mai sampai golek golek dalam kelas.Acah acah frust sampai nak terjun blok E aras 3 sama sama.Selalu sepak manja manja even kadang kadang sakit tapi Mai sikit pun tak kisah. Sebab Mai happy sangat :'Selalu pegang tangan acah acah belangkas paling sweet.Nyanyi sama sama. Makan sama sama. Belajar sama sama.Buat jahat sama sama. Solat Dzuhur sama sama.

Ya Allah :' Mengapa perlu ada perpisahan Ya Allah :'
Hmm. Lepas ni dah kena potong kuku sendiri :'( Hmm. Seronok sangat bila Ean or kawan kawan lain potongkan kuku Mai. Rasa macam disayangi sangat sangat. 

"Mai, Ean doakan Mai datang sini balik."

Terharu sangat Raihan :' Ean. Mai taktahu apa akan jadi lepasni. Harap Ean teruskan perjuangan okay? :') Nanti ajar Mai Munakahat taww :'D Mai tak boleh bayang macam mana life Mai tanpa Ean nanti :'(

p/s: Ean kena tahu ni. Mai betul betul bangga dengan Ean. Ean talented. Suara Ean pun sedap :' Mai betul betul terharu Ean nyanyi lagu tu khas untuk Mai :') SETIAP KALI Mai mainkan video tu, airmata tak henti mengalir Raihan.. Ean comel sangat dalam video tu. Hope Mai dapat dengar lagi ^__^. *jujur dari hati* terubat rindu bila tengok video tu. SYUKRAN JAZILAN YA SODIQATI.

MANA NAK JUMPA SAHABAT MACAM RAIHAN NABEELA LAGI!? *jerit kuat kuat*
*hug ean kuat kuat*

 dengan siapa aku nak buat muka sengal macamni lagi ya Allah :'


Sebak bila ingat semua kenangan kita... Taknak amnesia laa macamni :' Haha agak agak Ean kan.. dekat sana nanti.. Ada orang tak nak cakap dengan Mai gelar nama sendiri macamni ..? Sweet kann. Siapa nak jaga Mai lagi macam mana Ean jaga Mai :'(

Hapus air mata walau kita kan terpisah.





Kalau nak diflashback memori dengan Ean, memang tak mampu Mai nak ungkapkan dalam blog ni. Cuma Allah je tahu Raihan.
Mai akan rindukan Ean sangat sangat.
Ean sahabat Mai. Kekal. Takkan pernah berubah.
Ean katek Mai forever :'
Jaga diri.
Ingat ! Kita belangkas paling sweet :'
Pls Ean. NO GOODBYE. :'
Raizura everlasting.
Gelang getah hijau yang Mai pinjam tak pulang pulang tu sentiasa setia di tangan kanan Mai. ;'
Ean jangan risau. Gelang hijau tu ada dengan gelang yang MZ bagi tu. Dua dua Mai sayang sangat sangat :'D So selagi boleh pakai, Mai takkan pernah buka :'D Promise :'*

p/s: Ean jangan risau k? :') Akan ada orang yang jaga Ean better dari Mai jaga Ean. *wipe your tears* And bila Mai balik nanti, kita cerita macam macam sama sama k? :' Ngadu je kat Mai kalau ada siapa siapa buat Ean. Mai back hook dia lajulaju :'D :'( Kalau Am sakitkan hati Ean, Mai tembak dia pakai senapang cheetah :' Jaga diri Ean baik baik. Solat jangan tinggal. Doa sentiasa titip di bibir okay :') Takmo mencarut tau ! Mai kacau leher Ean nanti :' Be a good a girl. La' Tahzan. Innallaha Ma'ana :*
Nur Maizurah Mahadi @ Hamidi sayang Raihan Nabeela Zamiruddin lillahi Ta'ala.





Jangan lupakan panda brutal ni *hug kuat kuat*
Semoga bertemu lagi, sahabatku :'
*waving with tears*
Assalamualaikum. 
//RinduSetengahMati,
Myzurah Mahadi.